Tentera Darat Perancis

Tentera Darat Perancis
Logo of the French Army (Armee de Terre).svg
AktifKurun ke15 – kini
Negara Perancis
KesetiaanPerancis
JenisTentera darat
Keanggotaan115,004 anggota (2014), termasuk 8,500 anggota dari Pasukan Bomba Paris[1]
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Perancis
GelaranLa grande muette
"Pembisu yang hebat"
Cogan kataHonneur et Patrie
"Maruah dan tanahair"
Komander
Ketua Turus Tentera Darat PerancisJeneral Jean-Pierre Bosser


Tentera Darat Perancis (bahasa Perancis: Armée de terre [aʀme də tɛʀ], "ketumbukan darat") merupakan komponen darat terbesar dalam Angkatan Tentera Perancis. Bersama-sama dengan Tentera Udara Perancis, Tentera Laut Perancis dan Gendarmerie Nasional, ia diletakkan dibawah tanggungjawab kerajaan Perancis. Ketua Turus Tentera Darat Perancis (Chef d'État-Major de l'Armée de Terre, CEMAT) yang terkini ialah Général d'armée Jean-Pierre Bosser. Semua tentera dianggap profesional berikutan penggantungan arahan kerahan, mengundi di parlimen pada tahun 1997 dan dikuatkuasa pada tahun 2001.

Seawal tahun 2014, Tentera Darat Perancis mempunyai 115,004 anggota (termasuk French Foreign Legion dan Pasukan Bomba Paris). Sebagai tambahan, pasukan simpanan Tentera Darat Perancis mengandungi 15,425 anggota aktif.[1]

Pada tahun 1999 tentera darat mengeluarkan Kod Askar Perancis, termasuk injunksi:

(...) Menguasai kekuatan sendiri, dia menghormati lawannya dan berhati-hati untuk menyelamatkan orang awam. Dia menurut perintah serta menghormati undang-undang, adat peperangan dan konvensyen antarabangsa.(...) Dia sedar akan masyarakat global dan menghormati perbezaan mereka. (...)[2]
Bahasa lain