Takwim Ibrani

Takwim Ibrani atau Takwim Ibrani (הַלּוּחַ הָעִבְרִי‎, ha'luakh ha'ivri; Bahasa Inggeris: Hebrew calendar) merupakan takwim qamari-suria yang kini digunakan khususnya untuk sambutan keagamaan Yahudi. Ia menentukan tarikh-tarikh perayaan Yahudi dan hari-hari yang sesuai untuk membaca ayat-ayat dalam kitab Taurat, yahrzeit (tarikh untuk memperingati kematian saudara-mara), dan pembacaan Mazmur harian, antara pelbagai kegunaan istiadat. Di negara Israel, takwim ini merupakan takwim rasmi untuk tujuan awam serta menyediakan rangka masa untuk pertanian.

Takwin Ibrani telah mengalami perubahan sepanjang zaman. Contohnya, hingga zaman Tannaim (sekitar 10–220 M) bulan-bulan disusun mengikut pemerhatian bulan sabit baru dengan bulan tambahan yang ditambah setiap dua tiga tahun untuk membetulkan perbezaan antara dua belas bulan qamar dengan tahun suria, dan dengan ini, untuk memastikan Paskah kekal dalam musim bunga. Penambahan bulan tambahan juga berasaskan pemerhatian terhadap kejadian alam, iaitu masaknya tanaman barli; umur anak kambing, anak biri-biri dan anak merpati; kemasakan pokok buah; dan kaitan tarikh dengan tekufah (musm).[1] Sepanjangan zaman Amoraim (200–500 M) hingga zaman Geonim, sistem ini diganti oleh hukum matematik. Rukun-rukun dan hukum-hukumnya dipercayai ditetapkan pada piawaian masa kini sewaktu Maimonides menyusun Mishneh Torah pada abad ke-12.

Disebabkan beza sekitar 11 hari antara 12 bulan qamari dengan satu tahun suria, maka tempoh tahun takwim Ibrani berbeza-beza dalam kitaran Meton 19 tahun berulang-ulang yang terdiri daripada 235 bulan qamari dengan ditambahnya bulan tambahan mengikut petua-petua yang ditetapkan setiap dua tiga tahun, untuk sebanyak 7 kali setiap 19 tahun. Tahun takwim Ibrani adalah sekitar 6 minit 25+25/57 saat lebih lama daripada tahun suria min semasa, maka dalam setiap 224 tahun, takwim Ibrani akan ketinggalan sehari di belakang waktu suria min semasa; dan dalam sekitar setiap 231 tahun, ia akan ketinggalan sehari di belakang tahun takwim Gregory.

Gelaran zaman yang digunakan untuk takwim Ibrani pada masa kini adalah Anno Mundi ("dalam tahun duniawi" dalam bahasa Latin; Bahasa Ibrani: לבריאת העולם "sejak penciptaan dunia").

Bahasa lain
Afrikaans: Joodse kalender
Alemannisch: Jüdischer Kalender
العربية: تقويم عبري
azərbaycanca: Yəhudi təqvimi
Bahasa Indonesia: Kalender Yahudi
Basa Sunda: Kalénder Yahudi
беларуская: Яўрэйскі каляндар
беларуская (тарашкевіца)‎: Габрэйскі каляндар
Esperanto: Hebrea kalendaro
한국어: 히브리력
interlingua: Calendario hebree
македонски: Еврејски календар
Nederlands: Joodse kalender
日本語: ユダヤ暦
Nordfriisk: Hebreewsk kalender
norsk nynorsk: Det jødiske året
Simple English: Hebrew calendar
srpskohrvatski / српскохрватски: Hebrejski kalendar
Tiếng Việt: Lịch Do Thái
Türkçe: İbrani takvimi
ייִדיש: יידישער לוח
粵語: 猶太曆
中文: 希伯來曆