Rel ketiga
English: Third rail

Rel ketiga (Jawi: ريل كتيݢ) merupakan suatu kaedah untuk menyediakan tenaga elektrik kepada lokomotif atau gerabak kereta api melalui pengalir tegar separa berterusan yang diletakkan di sepanjang atau di antara rel landasan kereta api. Ia biasanya digunakan dalam sistem pengangkutan awam atau alihan laju, yang mempunyai penjajaran di koridor sendiri, sepenuhnya atau hampir sepenuhnya dipisahkan daripada persekitaran luar. Sistem rel ketiga selalunya membekalkan tenaga elektrik secara terus.

Penerangan

Sistem rel ketiga adalah satu cara untuk menyediakan kuasa tarikan elektrik kepada kereta api dan ia menggunakan rel tambahan (dipanggil "rel pengalir") untuk tujuan itu. Dalam kebanyakkan sistem, rel pengalir diletakkan pada penghujung ranjang landas di luar rel, tetapi dalam sesetengah sistem, rel pengalir tengah digunakan. Rel pengalir disokong pada penebat seramik (dikenali sebagai "pot") atau pendakap tertebat, yang kebiasaannya diletakkan secara berselang pada jarak 10 kaki (3.0 m).

Kereta api mempunyai blok sesentuh logam yang dipanggil kekasut (atau kekasut sentuh) yang akan bersentuhan dengan rel pengalir. Arus tarikan dikembalikan kepada stesen penjanaan melalui rel. Rel pengalir biasanya dibuat daripada keluli keberaliran tinggi dan rel disambungkan secara elektrik dengan menggunakan ikatan wayar atau peranti lain, untuk meminimumkan rintangan pada litar elektrik. Kekasut sentuh diletakkan sama ada di bawah, atas atau di sebelah rel ketiga, bergantung pada jenis rel ketiga yang digunakan; rel–rel ketiga tersebut dirujuk sebagai sentuhan-bawah, sentuhan-atas atau sentuhan-sisi masing-masing.

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Rel ketiga
català: Tercer carril
Deutsch: Stromschiene
English: Third rail
Esperanto: Kontaktrelo
فارسی: ریل سوم
français: Troisième rail
한국어: 제3궤조
italiano: Terza rotaia
lumbaart: Terza rodaia
Nederlands: Derde rail
português: Terceiro carril
Simple English: Third rail
suomi: Virtakisko
svenska: Strömskena
Türkçe: Üçüncü ray
українська: Контактна рейка
ייִדיש: דריטע שינע
中文: 軌道供電