Perancis

Republik Perancis
ريڤوبليك ڤرانچيس

République Française
Flag of Perancis
Lambang negara bagi Perancis
Bendera Lambang negara
Moto: Liberté, Égalité, Fraternité
Kebebasan, Kesaksamaan, Persaudaraan
Lagu kebangsaan:  La Marseillaise
Mapadefrancia.svg
Ibu negara
dan bandar terbesar
Paris
Bahasa rasmi Bahasa Perancis
Kerajaan Republik Semiberpresiden
•  Presiden
Emmanuel Macron
Édouard Philippe
Penubuhan
• Republik kelima
1958
• Air (%)
-
Penduduk
• Anggaran 2007
64,102,140 ( ke-20)
KDNK ( PPP) anggr. 2006 
• Jumlah
$2.232 trilion ( ke-6)
• Per capita
$35,404 ( ke-18)
HDI (2004) 0.942
very high ·  ke-16
Matawang Euro (€), CFP franc1 ( EUR, XPF)
Zon Waktu CET ( UTC+1)
• Musim panas ( DST)
CEST ( UTC+2)
Kod panggilan 33
Internet TLD .fr
1di wilayah luar negeri sahaja

Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis ( Bahasa Perancis: République française, disebut [ʁepyblik fʁɑ̃sɛz] dalam bahasa Perancis), ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil Wilayah Luar Negeri Perancis.

Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil dan Suriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris.

Perancis adalah antara anggota pertama Kesatuan Eropah, ahli NATO, dan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Perancis

Sejarah awal

Sempadan Perancis moden lebih kurang sama seperti sempadan Gaul purba yang pernah diduduki oleh orang Gaul Celtic. Gaul ditakluki oleh Rom di bawah Julius Caesar pada abad pertama SM, [1] maka orang Gaul mula bertutur dalam bahasa orang Rom ( bahasa Latin, yang berevolusi menjadi bahasa Perancis) serta juga budaya Rom. Agama Kristian mula bertapak pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi, lalu kuat bertapak pada abad ke-4 dan ke-5 sehingga St. Jerome pernah mencatat bahawa Gaul satu-satunya kawasan yang "bebas daripada kekafiran".

Pada abad ke-4 M, sempadan timur Gaul sepanjang Sungai Rhine dicerobohi puak-puak Jerman, terutamanya orang Frank, iaitu punca terhasilnya nama kuno "Francie". Nama zaman sekarang "France" berasal daripada nama kawasan feudal Raja-Raja Capet di Perancis sekitar Paris. Orang Frank merupakan puak pertama antara penakluk Jermanik di Eropah setelah terjatuhnya Empayar Rom untuk memeluk mazhab Katolik dan bukan Arianisme (namun Raja Clovis memeluknya pada tahun 498); maka Perancis digelar "Saudari Tertua Gereja" (La Fille Ainée de l'Eglise), maka orang Perancis menerimanya sebagai justifikasi bagi menggelar diri mereka sebagai "Kerajaan Perancis Paling Beragama Kristian". Kewujudan Perancis sebagai entiti berasingan bermula dengan Perjanjian Verdun (tahun 843), dengan pembahagian Empayar Carolignian Charlemagne menjadi Francia Timur, Francia Tengah dan Francia Barat. Francia Barat hampir sama keluasannya dengan wilayah Perancis zaman kini, dan menjadi pelopor kepada Perancis moden dan juga negeri Perancis pertama.

Wangsa Carolingian memerintah Perancis sehingga 987, apabila Hugh Capet dimahkotakan sebagai Raja Perancis. Pewaris-pewarisnya, Wangsa Capet, Wangsa Valois dan Wangsa Bourbon, menyatukan negara Perancis melalui peperangan dan pewarisan dinasti. Perang Salib Albigensian dilancarkan pada tahun 1209 untuk menghapuskan penganut Cathar dari Occitania (di kawasan selatan Perancis masa kini), dan berakhir dengan kehancuran penganut Cathar dan kemerdekaan Perancis selatan. [2] Pada tahun 1337, sebelum gelombang pertama Maut Hitam, [3] England dan Perancis berperang dalam Perang Seratus Tahun. [4] Dalam peristiwa paling menggerunkan ketika Perang-perang Keagamaan Perancis (1562–98), ribuan warga Huguenot dibunuh pada Hari St. Bartholomew pada tahun 1572. [5] Pemerintahan beraja mencapai kemuncaknya pada abad ke-17 di bawah pemerintahan Louis XIV, apabila Perancis mempunyai jumlah penduduk teramai di Eropah dan amat kuat berpengaruh terhadap politik, ekonomi dan budaya Eropah. Bahasa Perancis menjadi bahasa perantara hubungan dan hal ehwal antarabangsa sehingga abad ke-20. Kebanyakan peristiwa Zaman Kesedaran berlaku dalam lingkungan cendekiawan Perancis, sementara abad ke-18 menyaksikan para saintis Perancis mencapai kejayaan besar dalam bidang sains. Selian tiu, Perancis banyak menakluki wilayah jajahan di benua-benua Amerika, Afrika dan Asia.

Perancis pada tahun 1477. Merah: sempadan Kerajaan Perancis; biru muda: kawasan kekuasaan langsung kerabat diraja

Penubuhan republik

Perancis diketuai raja-raja sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1789. Raja Louis XVI dan ratu baginda, Marie Antoinette, dihukum mati, bersama beribu-ribu warga Perancis yang lain ketika Pemerintahan Ganas. [6] Setelah berlalunya beberapa skim kerajaan yang tidak tahan lamanya, Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun 1799, menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan kemudiannya Maharaja Empayar Perancis Pertama ( 18041814). Sepanjang beberapa peperangan, bala tenteranya menakluki kebanyakan tanah besar Eropah, sementara kerabat diraja Bonaparte dilantik sebagai raja negeri-negeri baru yang bernaung dalam empayar tersebut. Kira-kira sejuta warga Perancis terkorban sepanjang perang Napoleon. [7]

Setelah kekalahan terakhir Napoleon pada tahun 1815 sewaktu Perang Waterloo, pemerintahan beraja Perancis dipulihkan, namun dengan batasan perlembagaan baru. Pada tahun 1830, pemberontakan sivil menubuhkan Kerajaan July berpelembagaan yang bertahan sehingga tahun 1848. Republik Kedua yang juga singkat hayatnya tamat pada tahun 1852 apabila Louis-Napoléon Bonaparte mengisytiharkan Empayar Perancis Kedua. Louis-Napoléon diturunkan dari takhta setelah kalah dalam Perang Perancis-Prusia pada tahun 1870 dan rejimnya digantikan oleh Republik Ketiga.

Perancis mempunyai milikan penjajahan dalam pelbagai bentuk, sejak awal abad ke-17 sehingga 1960-an. Pada abad ke-19 dan ke-20, empayar jajahannya di seluruh dunia merupakan yang kedua terbesar selepas Empayar British. Pada zaman kemuncaknya, antara tahun 1919 dan 1939, empayar jajahan Perancis kedua mencapai tanah seluas 12,347,000 kilometer persegi. Termasuk Perancis metropolitan, jumlah keluasan wilayah di bawah kedaulatan Perancis mencapai 12,898,000 kilometer persegi pada 1920-an dan 1930-an, iaitu 8.6% daripada jumlah tanah di Bumi.

Meskipun menang di Perang Dunia I, Perancis dengan teruknya kehilangan nyawa manusia dan harta benda, menjadikannya kian lemah dalam dekad-dekad seterusnya. Era 1930-an menyaksikan banyak pembaharuan sosial yang diperkenalkan kerajaan Barisan Popular. Apabila Perang Dunia II terletus, Perancis melaksanakan saut siri kempen penyelamatan yang kurang berjaya di Norway, Belgium dan Belanda dari tahun 1939 hingga 1940. Menjelang pencerobohan tiba-tiba pada pertengahan tahun 1940 oleh Jerman Nazi yang disokong Itali Fasis sejak 10 Jun 1940, kepimpinan politik Perancis menolak cadangan Winston Churchill mengenai Kesatuan Perancis-British lalu menandatangani penyerahan Gencatan Senjata Kedua di Compiègne pada 22 Jun 1940. Dasar berpakat dengan musuh yang dibangkang sesetengah pihak, mencetuskan pembentukan Angkatan Pembebasan Perancis di luar Perancis serta penentangan Perancis dalam negara. France dibebaskan dengan usaha bersama Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Angkatan Pembebasan Perancis dan penentangan Perancis pada tahun 1944. Kemudian Nouvelle Armée Française ("tentera Perancis baru") ditubuhkan dengan bantuan bahan dan kelengkapan buatan Amerika Syarikat secara besar-besaran, lalu menyertai perjuangan bersama pihak Berikat dalam pelbagai pertempuran termasuk kempen Itali.

Republik Perancis Keempat ditubuhkan selepas Perang Dunia II untuk cuba mengekalkan status ekonomi dan politiknya sebagai negara yang dominan. Perancis cuba menguatkan genggamannya pada empayar penjajahannya, tetapi kemudiannya menghadapi masalah. Cubaan mengawal semula Indochina secara tidak bersungguh-sungguh pada tahun 1946 mengakibatkan Perang Indochina Pertama, yang berakhir dengan kekalahan Perancis di Pertempuran Dien Bien Phu pada tahun 1954. Cuma beberapa bulan kemudian, Perancis menghadapi konflik terbaru yang kian ganas dalam jajahan terlamanya, Algeria.

Perdebatan mengenai sama ada terus mengawal atau tidak bumi Algeria yang dijadikan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Eropah, merapuhkan lagi negara dan nyaris mencetuskan perang saudara. [8] Pada tahun 1958, Republik Keempat yang lemah memberi laluan kepada Republik Kelima yang bercirikan kedudukan Presiden yang lebih kukuh. Selaku presiden Republik Kelima, Charles de Gaulle berupaya memastikan perpaduan negara sambil mengambil langkah menamatkan perang. Perang Algeri dan Perang Saudara Perancis-Perancis yang terletus di ibu kota Algiers, diakhiri dengan rundingan damai pada tahun 1962 yang membolehkan kemerdekaan Algeria.

Kebelakangan ini, pendamaian dan kerjasana Perancis dengan Jerman terbukti penting kepada persepaduan politik dan ekonomi untuk evolusi Kesatuan Eropah, termasuk pengenalan matawang euro pada bulan Januari 1999. Perancis telah menerajui negara-negara ahlu Kesatuan Eropah yang hendah memperoleh faedah daripada kekuatan kesatuan kewangan ini untuk mencipta sistem politik, pertahanan dan keselamatan Kesatuan Eropah yang lebih bersatu dan berkebolehan. Namun, para pengundi Perancis tidak merestui ratifikasi Perjanjian Perlembagaan Eropah pada Mei 2005.

Bahasa lain
Acèh: Peurancih
адыгабзэ: Францие
Адыгэбзэ: Фрэндж
Afrikaans: Frankryk
Akan: France
Alemannisch: Frankreich
አማርኛ: ፈረንሣይ
Ænglisc: Francland
Аҧсшәа: Франциа
العربية: فرنسا
aragonés: Francia
ܐܪܡܝܐ: ܦܪܢܣܐ
armãneashti: Frânție
arpetan: France
অসমীয়া: ফ্ৰান্স
asturianu: Francia
Avañe'ẽ: Hyãsia
авар: Франсия
Aymar aru: Phransiya
azərbaycanca: Fransa
تۆرکجه: فرانسه
Bahasa Banjar: Parancis
Bahasa Indonesia: Perancis
bamanankan: Faransi
বাংলা: ফ্রান্স
Bân-lâm-gú: Hoat-kok
Basa Jawa: Prancis
Basa Sunda: Perancis
башҡортса: Франция
Baso Minangkabau: Parancih
беларуская: Францыя
беларуская (тарашкевіца)‎: Францыя
भोजपुरी: फ्रांस
Bikol Central: Pransya
Bislama: Franis
Boarisch: Frankreich
བོད་ཡིག: ཧྥ་རན་སི།
bosanski: Francuska
brezhoneg: Bro-C'hall
ᨅᨔ ᨕᨘᨁᨗ: Perancis
български: Франция
буряад: Франци
català: França
Cebuano: Pransiya
Чӑвашла: Франци
čeština: Francie
Chamoru: Francia
Chavacano de Zamboanga: Francia
Chi-Chewa: France
chiShona: France
chiTumbuka: France
corsu: Francia
Cymraeg: Ffrainc
dansk: Frankrig
davvisámegiella: Frankriika
Deitsch: Frankreich
Deutsch: Frankreich
ދިވެހިބަސް: ފަރަންސޭސިވިލާތް
dolnoserbski: Francojska
Dorerin Naoero: Prant
ཇོང་ཁ: ཕརཱནསི་
Ελληνικά: Γαλλία
emiliàn e rumagnòl: Franza
English: France
español: Francia
Esperanto: Francio
estremeñu: Francia
euskara: Frantzia
eʋegbe: France
فارسی: فرانسه
Fiji Hindi: France
føroyskt: Frakland
français: France
Frysk: Frankryk
Fulfulde: Faransi
furlan: France
Gaeilge: An Fhrainc
Gaelg: Yn Rank
Gagana Samoa: Farani
Gagauz: Franțiya
Gàidhlig: An Fhraing
galego: Francia
贛語: 法國
Gĩkũyũ: Baranja
ગુજરાતી: ફ્રાન્સ
गोंयची कोंकणी / Gõychi Konknni: फ्रांस
客家語/Hak-kâ-ngî: Fap-koet
한국어: 프랑스
Hausa: Faransa
Hawaiʻi: Palani
Հայերեն: Ֆրանսիա
हिन्दी: फ़्रान्स
hornjoserbsce: Francoska
hrvatski: Francuska
Ido: Francia
Igbo: France
Ilokano: Pransia
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: ফ্রান্স
interlingua: Francia
Interlingue: Francia
Ирон: Франц
isiZulu: IFulansi
íslenska: Frakkland
italiano: Francia
עברית: צרפת
kalaallisut: Franskit Nunaat
ಕನ್ನಡ: ಫ್ರಾನ್ಸ್
Kapampangan: Pransiya
ქართული: საფრანგეთი
kaszëbsczi: Francëjô
қазақша: Франция
kernowek: Pow Frynk
Kinyarwanda: Ubufaransa
Кыргызча: Франция
Kirundi: Ubufaransa
Kiswahili: Ufaransa
коми: Франция
Kongo: Fwalansa
Kreyòl ayisyen: Frans
Kurdî: Fransa
Ladino: Fransia
лезги: Франция
Latina: Francia
لۊری شومالی: فرانسأ
latgaļu: Praņceja
latviešu: Francija
Lëtzebuergesch: Frankräich
lietuvių: Prancūzija
Ligure: Fransa
Limburgs: Frankriek
lingála: Falansia
Livvinkarjala: Frantsii
la .lojban.: fasygu'e
Luganda: Bufalansa
lumbaart: Frància
मैथिली: फ्रान्स
македонски: Франција
Malagasy: Frantsa
മലയാളം: ഫ്രാൻസ്
къарачай-малкъар: Франция
Malti: Franza
Māori: Wīwī
मराठी: फ्रान्स
მარგალური: საფრანგეთი
مصرى: فرنسا
مازِرونی: فرانسه
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Huák-guók
Mirandés: Fráncia
Перем Коми: Франс
мокшень: Кранцмастор
молдовеняскэ: Франца
монгол: Франц
မြန်မာဘာသာ: ပြင်သစ်နိုင်ငံ
Nāhuatl: Francia
Nederlands: Frankrijk
Nedersaksies: Frankriek
नेपाली: फ्रान्स
नेपाल भाषा: फ्रान्स
日本語: フランス
Napulitano: Franza
нохчийн: Франци
Nordfriisk: Frånkrik
Norfuk / Pitkern: France
norsk: Frankrike
norsk nynorsk: Frankrike
Nouormand: France
Novial: Fransia
occitan: França
олык марий: Франций
ଓଡ଼ିଆ: ଫ୍ରାନ୍ସ
Oromoo: Firaansi
oʻzbekcha/ўзбекча: Fransiya
ਪੰਜਾਬੀ: ਫ਼ਰਾਂਸ
पालि: फ्रांस
Pälzisch: Frankreich
Pangasinan: Fransia
پنجابی: فرانس
Papiamentu: Fransia
پښتو: فرانس
Patois: Frans
ភាសាខ្មែរ: បារាំង
Picard: Franche
Piemontèis: Fransa
Plattdüütsch: Frankriek
polski: Francja
Ποντιακά: Γαλλία
português: França
Qaraqalpaqsha: Franciya
qırımtatarca: Frenkistan
reo tahiti: Farāni
Ripoarisch: Frankreich
română: Franța
Romani: Franchiya
rumantsch: Frantscha
Runa Simi: Ransiya
русский: Франция
русиньскый: Франція
саха тыла: Франция
संस्कृतम्: फ्रान्सदेशः
Sängö: Farânzi
sardu: Frantza
Scots: Fraunce
Seeltersk: Frankriek
Sesotho: Fora
Sesotho sa Leboa: Fora
Setswana: Fora
shqip: Franca
sicilianu: Francia
සිංහල: ප්‍රංශය
Simple English: France
سنڌي: فرانس
SiSwati: IFulansi
slovenčina: Francúzsko
slovenščina: Francija
словѣньскъ / ⰔⰎⰑⰂⰡⰐⰠⰔⰍⰟ: Франкїꙗ
ślůnski: Francyjŏ
Soomaaliga: Faransiiska
کوردی: فەڕەنسا
Sranantongo: Franskondre
српски / srpski: Француска
srpskohrvatski / српскохрватски: Francuska
suomi: Ranska
svenska: Frankrike
Tagalog: Pransiya
தமிழ்: பிரான்சு
Taqbaylit: Fransa
tarandíne: Frange
татарча/tatarça: Франция
తెలుగు: ఫ్రాన్సు
tetun: Fransa
Tiếng Việt: Pháp
ትግርኛ: ፈረንሳይ
тоҷикӣ: Фаронса
Tok Pisin: Frens
ᏣᎳᎩ: ᎦᎸᏥᏱ
Tsetsêhestâhese: France
Türkçe: Fransa
Türkmençe: Fransiýa
Twi: France
тыва дыл: Франция
удмурт: Франция
українська: Франція
اردو: فرانس
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: فرانسىيە
Vahcuengh: Fazgoz
vèneto: Fransa
vepsän kel’: Francii
Volapük: Fransän
walon: France
文言: 法國
West-Vlams: Vrankryk
Winaray: Fransya
Wolof: Faraas
吴语: 法国
Xitsonga: Furhwa
ייִדיש: פראנקרייך
Yorùbá: Fránsì
粵語: 法國
Zazaki: Fransa
Zeêuws: Frankriek
žemaitėška: Prancūzėjė
中文: 法国
डोटेली: फ्रान्स
Kabɩyɛ: Fransɩɩ