New Horizons

Untuk kegunaan lain, sila lihat New Horizons (nyahkekaburan).
New Horizons
PengendaliNASA
Kontraktor utamaJHU APL, SwRI
Jenis misiFlyby
Lintas terbang132524 APL, Jupiter, Pluto, and Charon
Tarikh lintas terbangJuly 14, 2015
Tarikh BerlepasJanuary 19, 2006
Kenderaan PelancarAtlas V-551
Tempoh misiFlyby of Pluto (>10 yr)
elapsed: 12 tahun dan 8 bulan
ID COSPAR2006-001A
Laman webNew Horizons Home
Jisim478 kg (1,054 lb)
Unsur orbital
KecondonganCurrently negligible (Setakat 2006)

New Horizons ialah sebuah prob angkasa lepas antara planet yang telah dilancarkan di bawah program New Frontiers oleh NASA. Ia dibina oleh Makmal Fizik Gunaan (APL) Universiti Johns Hopkins dan Institut Kajian Barat Daya (SwRI) dengan kumpulan yang diketuai oleh S. Alan Stern. Kapal angkasa ini telah dilancarkan untuk mengkaji Pluto, bulan-bulannya serta lingkaran Kuiper; ia akan melakukan lintas terbang melalui sistem Pluto dan beberapa objek lingkaran Kuiper (KBO) yang lain.[1][2][3][4]

New Horizons terbina hasil daripada usaha selama bertahun-tahun untuk menghantar satu kapal angkasa ke Pluto, bermula dari tahun 1990 dengan Pluto 350, dengan Alan Stern dan Fran Bagenal daripada "Pluto Underground", dan pada 1992 dengan Pluto Fast Flyby oleh Jet Propulsion Laboratory; yang kedua tersebut diinspirasikan oleh satu setem USPS yang melabelkan Pluto dengan "Tidak Lagi Diterokai" ("Not Yet Explored"). Misi ini bertujuan menghantar sebuah kapal angkasa yang ringan dan berkesan kos ke Pluto dan kemudiannya berubah menjadi misi objek lingkaran Kuiper yang dinamakan Pluto Kuiper Express. Namun, disebabkan kurangnya sokongan daripada NASA dan kos ramalan yang semakin meningkat, projek in akhirnya dibatalkan sepenuhnya pada tahun 2000.

Pembatalan program tersebut membawa kepada reaksi yang hebat, maka program New Frontiers telah ditubuhkan untuk misi-misi yang bajetnya berada di antara bajet tinggi Program Flagship dan bajet rendah Program Discovery. Makmal Fizik Gunaan, dengan kumpulan yang diketuai oleh Alan Stern dan terdiri daripada ahli-ahli Pluto Kuiper Express sebelumnya, telah memenangi pertandingan untuk mendapat tajaan oleh program New Frontiers untuk projek New Horizons mereka, yang didasarkan kerja-kerja yang terhenti daripada Pluto Kuiper Express. Namun, pembiayaan untuk misi ini masih belum terjamin sehinggalah selepas satu persetujuan kewangan dicapai antara kumpulan tersebut dengan bekas Pentadbir NASA, Sean O'Keefe. Selepas tiga tahun pembinaan, dan beberapa penangguhan di tapak pelancaran, New Horizons telah dilancarkan pada 19 Januari 2006 dari Tanjung Canaveral terus menghala ke trajektori lepas Bumi dan matahari dengan kelajuan relatif kepada Bumi selaju 16.26 kilometer sesaat (58,536 km/j; 36,373 bsj). Kapal angkasa ini mencatat rekod kelajuan pelancaran objek buatan manusia paling tinggi dari Bumi.

Selepas pertemuan pendek dengan asteroid 132524 APL, New Horizons menghala ke Musytari; ia melakukan hampiran terdekat dengan planet tersebut pada 28 Februari 2007 dari jarak 2.3 juta kilometer (1.4 juta batu). Lintas terbang Musytari memberikan bantuan graviti yang meningkatkan kelajuan New Horizons sebanyak 4 km/s (14,000 km/j; 9,000 bsj). Pertembungan ini juga digunakan untuk melakukan ujian umum terhadap kemampuan saintifik New Horizons; dalam pertembungan ini, kapal angkasa tersebut telah mengambalikan data-data berkenaan atmosfera, bulan-bulan dan magnetosfera Musytari]]. Kebanyakan masa pelayaran kapal angkasa ini selepas melintasi Musytari diluangkan oleh kapal angkasa ini dalam mod hibernasi untuk memastikan keadaan baik sistem-sistem dalam kapal; ia hanya dihidupkan seketika setiap tahun untuk ujian semakan.[5] Pada 6 Disember 2014, New Horizons dihidupkan semula untuk pertembungan dengan Pluto, dan pemeriksaan peralatan-peralatannya dimulakan.[6] Pada 15 Januari 2015, kapal angkasa New Horizons memulakan fasa penghampirannya dengan Pluto. Pada 14 Julai 2015 jam 11:49 UTC (07:49 EDT; 19:49 MST), ia terbang 12,600 km (7,800 batu) di atas permukaan Pluto,[7][8] menjadikannya kapal angkasa pertama yang menjelajah Pluto.[4][9] Beberapa jam kemudian, pada 00:52:37 UTC (20:52:37 EDT; 08:52:37 MST),[10] NASA telah menerima komunikasinya yang pertama daripada prob tersebut selepas lintas terbang pada masa yang diramalkan. Data kejuruteraan menunjukkan bahawa lintas terbang tersebut berjaya dan prob itu berfungsi sepenuhnya seperti yang dijangkakan.[11][12][13]

Bahasa lain
Afrikaans: New Horizons
Alemannisch: New Horizons
asturianu: New Horizons
azərbaycanca: Yeni üfüqlər
Bahasa Indonesia: New Horizons
Bân-lâm-gú: New Horizons
беларуская: New Horizons
bosanski: New Horizons
brezhoneg: New Horizons
български: Нови хоризонти
català: New Horizons
čeština: New Horizons
Cymraeg: New Horizons
Deutsch: New Horizons
Ελληνικά: New Horizons
English: New Horizons
español: New Horizons
Esperanto: New Horizons
euskara: New Horizons
français: New Horizons
Gaeilge: New Horizons
galego: New Horizons
hrvatski: New Horizons
italiano: New Horizons
latviešu: New Horizons
lietuvių: New Horizons
Limburgs: New Horizons
lumbaart: New Horizons
magyar: New Horizons
မြန်မာဘာသာ: New Horizons
Nederlands: New Horizons
norsk nynorsk: New Horizons
oʻzbekcha/ўзбекча: New Horizons
polski: New Horizons
português: New Horizons
română: New Horizons
sicilianu: New Horizons
Simple English: New Horizons
slovenčina: New Horizons
slovenščina: New Horizons
српски / srpski: Нови хоризонти
srpskohrvatski / српскохрватски: New Horizons
svenska: New Horizons
Tiếng Việt: New Horizons
Türkçe: New Horizons
українська: New Horizons
吴语: 新视野号
Yorùbá: New Horizons
粵語: 新視野號
中文: 新视野号
Lingua Franca Nova: New Horizons