Kim Possible

Kim Possible ialah siri animasi yang diterbitkan oleh Disney Channel. Ia telah mengisahkan seorang gadis, Kimberly Ann Possible yang berjuang menentang musuh melalui perisikan dan dibantu oleh rakannya Ron Stoppable. Kim Possible pernah ditayangkan di Malaysia melalui saluran TV3 dalam rancangan Kelab Disney Malaysia.

Mengenai siri ini

Kim selalu mengelingi dunia dalam usaha untuk menyelamatkan orang, menghentikan jenayah dan menentang penjenayah berbahaya... semua itu sambil mengharap sempat balik dan menyiapkan kerja rumah. Kim Possible bersekolah di Middleton High School, dan Kim adalah kapten dalam pasukan sorak sekolah. Walau bagaimanapun, gadis penentang jenayah berambut merah ini tidak dapat menyelamatkan dunia dan menentang jenayah seorang diri. Di sisi Kim, Ron Stoppable, pembantunya yang cemerkap dan tikus mondok bogel perliharaannya iaitu, Rufus.

Siri ini ke udara buat pertama kalinya pada Jun 2002, dan episod pertamanya,Crush dicalonkan untuk Anugerah Primetime Emmy untuk tahun berikutnya. Sejak tersiarnya episod ini, Kim Possible telah menjadi siri televisyen paling ramai ditonton dan mempunyai kadar penonton di Disney Channel untuk beberapa tahun. Siri ini secara keseluruhannya telah dicalonkan untuk "Daytime equivalent" pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2005 (tahun itu siri ini mendapat 5 pencalonan dan telah mendapat 1 kemenangan). Siri ini dipuji kerana dialog pintar, animasi yang lembut, dan watak-watak yang ditulis dengan baik (watak baik dan jahat).

Dialog Kim cenderung kepada slanga yang tidak begitu tipikal; sebagai contoh "So not the drama" dan "No big", dan juga prasa siri ini "What's the sitch?" (situasi). Lagu tema siri ini, Call Me, Beep Me dinyanyikan oleh Christina Milian. Kebanyakan gaya kesenian adalah kerana pembangunan watak oleh artis Stephen Silver.

Walaupun siri ini amat popular, penghasilan siri ini telah ditamatkan pada Februari 2005, selepas 3 musim dan 65 episod. Ini disebabkan oleh (menurut beberapa peminat) polisi ketat menamatkan produksi yang telah disiarkan selama itu, walaupun popular (beberapa siaran dibuat untuk [1].

Pada 29 November 2005, telah diumumkan bahawa Disney telah memperbaharui siri ini untuk musim ke-4. Musim terbaru siri ini akan keudara pada musim luruh 2006. Dalam forum Alternate Reality Association, pengarah siri ini, Steve Loter ini telah mengesahkan berita tersebut dan dua puluh dua episod akan dihasilkan. Pelakon suara Kim menyatakan keghairahan pembaharuan siri ini dalam jurnal beliau dalam laman web rasmi beliau.

Kim Possible juga ke udara di Toon Disney dan ABC Kids.

Bahasa lain
العربية: دامو ستحيل
azərbaycanca: Kim Possibl
Bahasa Indonesia: Kim Possible
български: Ким Суперплюс
čeština: Kim Possible
Deutsch: Kim Possible
English: Kim Possible
español: Kim Possible
euskara: Kim Possible
français: Kim Possible
galego: Kim Possible
한국어: 킴 파서블
hrvatski: Svemoguća Kim
interlingua: Kim Possible
italiano: Kim Possible
latviešu: Kima Possibla
magyar: Kim Possible
Nederlands: Kim Possible
norsk nynorsk: Kim Possible
polski: Kim Kolwiek
português: Kim Possible
română: Kim Possible
Simple English: Kim Possible
српски / srpski: Ким Опаснић
svenska: Kim Possible
Tagalog: Kim Possible
Tiếng Việt: Kim Possible
Türkçe: Kim Possible
українська: Кім Всеможу
中文: 麻辣女孩