Kapal selam

Kapal selam ialah kenderaan yang bergerak di bawah air, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut mempunyai kapal selam. Kapal selam juga digunakan untuk kajian sains laut dan air tawar dan untuk bertugas di kedalaman yang tidak sesuai untuk penyelam manusia. U-boot ialah ringkasan bagi Unterseeboot (harfiah, "bot bawah laut") iaitu nama Jerman untuk kapal selam Jerman (mula ditugaskan dalam Perang Dunia Pertama). Salah satu pesawat selam yang lain ialah loceng selam.

USS Los Angeles

Kapal selam saintifik dan perdagangan

Kebiasaannya, kapal selam biasanya merujuk kepada kapal selam ketenteraan; pesawat untuk penyelidikan atau perdagangan dirujuk sebagai pesawat selam "submersible". Kapal selam bukan ketenteraan biasanya lebih kecil berbanding kapal selam tentera. Terdapat pesawat selam jenis tanpa enjin yang dipanggil . Sebelum bathysphere, loceng selam berbentuk loceng dalam air dengan lantai terbuka. Udara dipam masuk oleh orang di atas kapal bagi membenarkan penyelam tinggal lebih lama di bawah air.

Kapal selam pelancong digunakan kebanyakannya di kawasan pelancongan biasa. Pada tahun 1996, terdapat lebih 50 kapal selam persendirian beroperasi di sekeliling dunia yang berkhidmat untuk membawa anggaran 2 juta penumpang setiap tahun. Kebanyakan kapal selam tersebut membawa antara 25 sehingga 50 penumpang pada satu masa dan melakukan 10 atau lebih penyelaman setiap hari. Kebanyakan kapal selam ini meminjam reka bentuk kapal selam penyelidikan dengan mempunyai tingkap besar untuk penumpang melihat dan meletakkan kebanyakan perkakasan di luar lunas untuk menjimatkan ruang dalaman. Bagaimanapun, tempat duduk kapal selam penumpang juga sempit. Kebanyakannya berkuasa bateri dan sangat perlahan.

Sebuah perkembangan yang agak baru, kapal selam kecil tanpa pemandu yang dikenali sebagai kenderaan beroperasi jarak jauh marin (marine remotely operated vehicles) digunakan secara meluas pada masa kini untuk bekerja di air dalam atau terlalu berbahaya untuk penyelam. Sebagai contoh, kenderaan beroperasi jarak jauh ( remotely operated vehicles ) (ROV) membaiki pelantar petroleum luar pantai dan melekatkan kabel kepada kapal karam untuk mengangkat mereka. Kenderaan kawalan jauh seumpamanya disambung dengan tether (kabel tebal yang membekalkan kuasa dan komunikasi) kepada pusat kawalan di atas kapal. Operator atas kapal melihat imej video yang dihantar balik oleh robot dan mengawal kipas dan lengan robot. Bangkai kapal Titanic dijelajah dengan menggunakan kenderaan sedemikian, termasuk pesawat dipandu.

Bahasa lain
Afrikaans: Duikboot
Alemannisch: U-Boot
Ænglisc: Undersǣbāt
العربية: غواصة
aragonés: Submarín
asturianu: Somarín
Avañe'ẽ: Yga yguypegua
azərbaycanca: Sualtı qayıq
Bahasa Banjar: Kapal salam
Bahasa Indonesia: Kapal selam
Bân-lâm-gú: Chǹg-chúi-théng
Basa Jawa: Kapal silem
Basa Sunda: Kapal Selam
башҡортса: Һыу аҫты кәмәһе
беларуская: Падводная лодка
беларуская (тарашкевіца)‎: Падводная лодка
bosanski: Podmornica
brezhoneg: Lestr-spluj
български: Подводница
català: Submarí
Чӑвашла: Шывай кимми
čeština: Ponorka
Cymraeg: Llong danfor
Deutsch: U-Boot
eesti: Allveelaev
Ελληνικά: Υποβρύχιο
English: Submarine
español: Submarino
Esperanto: Submarŝipo
euskara: Itsaspeko
فارسی: زیردریایی
français: Sous-marin
Gaeilge: Fomhuireán
Gàidhlig: Bàta-tumaidh
galego: Submarino
贛語: 潛水艇
ગુજરાતી: સબમરીન
한국어: 잠수함
Հայերեն: Սուզանավ
हिन्दी: पनडुब्बी
hrvatski: Podmornica
Ilokano: Submarino
interlingua: Submarino
íslenska: Kafbátur
italiano: Sottomarino
עברית: צוללת
Kiswahili: Nyambizi
latviešu: Zemūdene
Lëtzebuergesch: U-Boot
македонски: Подморница
मराठी: पाणबुडी
မြန်မာဘာသာ: ရေငုပ်သင်္ဘော
Nederlands: Onderzeeboot
日本語: 潜水艦
norsk nynorsk: Undervassbåt
Nouormand: Souos-mathîn
occitan: Sosmarin
oʻzbekcha/ўзбекча: Suv osti kemasi
ਪੰਜਾਬੀ: ਪਣਡੁੱਬੀ
پنجابی: پنڈوبی
Patois: Sobmariin
português: Submarino
română: Submarin
Scots: Submarine
Simple English: Submarine
سنڌي: آبدوز
slovenčina: Ponorka
slovenščina: Podmornica
Soomaaliga: Gujis
српски / srpski: Подморница
srpskohrvatski / српскохрватски: Podmornica
svenska: Ubåt
Tagalog: Submarino
татарча/tatarça: Су асты кәмәсе
Tiếng Việt: Tàu ngầm
Türkçe: Denizaltı
українська: Підводний човен
اردو: آبدوز
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: سۇ ئاستى كېمىسى
vèneto: Sotomarín
Winaray: Submarino
吴语: 潜艇
ייִדיש: סובמארין
粵語: 潛水艇
中文: 潛艇