Hadiah Nobel dalam Fizik

Hadiah Nobel dalam Fizik
Nobel Prize.png
PenghargaanSumbangan cemerlang kepada manusia dalam bidang Fizik
Tarikh10 Disember 1901; 117 tahun yang lalu (1901-12-10)
LokasiStockholm, Sweden
NegaraSweden
Disampaikan olehAkademi Sains Diraja Sweden
Ganjaran9 juta SEK (2017)[1]
Anugerah pertama1901
Kini dipegang olehGérard Mourou, Arthur Ashkin, Donna Strickland (2018)
Anugerah terbanyaknobelprize.org

Hadiah Nobel dalam Fizik (Bahasa Sweden: Nobelpriset i fysik, Bahasa Inggeris: Nobel Prize in Physics) dianugerahkan setahun sekali oleh Akademi Sains Diraja Sweden, sebagai salah satu dari lima Hadiah Nobel yang ditubuhkan atas wasiat Alfred Nobel pada tahun 1895 dan dianugerahkan sejak tahun 1901; hadiah-hadiah lain ialah Hadiah Nobel dalam Kimia, Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Hadiah Keamanan Nobel, dan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan. Hadiah Nobel pertama dalam bidang fizik dikurniakan kepada Wilhelm Conrad Röntgen yang berbangsa Jerman, "sebagai pengiktirafan kepada jasa luar biasa beliau melalui penemuan sinar-sinar luar biasa (atau sinar X)". Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dipandang ramai sebagai anugerah paling berprestij yang boleh diraih oleh mana-mana ahli sains yang menceburi bidang Fizik. Hadiah ini dipersembahkan di majlis penganugerahan tahunan pada setiap 10 Disember (ulang tahun pemergian Nobel) di kota Stockholm.

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Nobel Fisika
беларуская (тарашкевіца)‎: Нобэлеўская прэмія ў галіне фізыкі
Lëtzebuergesch: Nobelpräis fir Physik
norsk nynorsk: Nobelprisen i fysikk
oʻzbekcha/ўзбекча: Fizika boʻyicha Nobel mukofoti
Plattdüütsch: Nobelpries för Physik
português: Nobel de Física
srpskohrvatski / српскохрватски: Nobelova nagrada za fiziku
Tiếng Việt: Giải Nobel Vật lý