Guinea

Republik Guinea
République de Guinée
Flag of Guinea
Bendera
Moto: "Travail, Justice, Solidarité"  ( Perancis)
"Kerja, Keadilan, Perpaduan"
Lagu kebangsaan: " Liberté"
Kedudukan Guinea
Ibu negara
dan bandar terbesar
Conakry
Bahasa rasmi Bahasa Perancis
Kerajaan Republik
•  Presiden
Lansana Conté
•  Perdana Menteri
kosong
Kemerdekaan
• dari Perancis
2 Oktober 1958
• Air (%)
sedikit sahaja
Penduduk
• Anggaran Julai 2005
9,402,000 ( ke-83)
• Bancian 1996
7,156,406
KDNK ( PPP) anggr. 2005 
• Jumlah
$18.879 bilion ( ke-111)
• Per capita
$2,035 ( ke-142)
HDI (2004) 0.445
Error: Invalid HDI value ·  ke-160
Matawang Franc Guinea ( GNF)
Zon Waktu GMT
Kod panggilan 224
Internet TLD .gn
Monumen untuk memperingati kemenangan ketenteraan pada tahun 1970 terhadap serangan Portugis.

Guinea, secara rasmi Republik Guinea ( Bahasa Perancis: République de Guinée), ialah sebuah negara di Afrika Barat yang dahulunya dikenali sebagai Guinea Perancis. Bentuk wilayah Guinea melengkung. Dengan pangkal di Lautan Atlantik, wilayah ini melengkung ke timur di kawasan pedalaman and berpaling ke selatan. Pangkalnya menyempadani Guinea-Bissau serta Senegal di utara, dan Mali di utara dan timur laut, manakala kawasan pedalamannya menyempadani Côte d'Ivoire di tenggara, Liberia di selatan, dan Sierra Leone di barat hujung selatannya. Guinea merangkumi sungai-sungai Niger, Senegal, dan Gambia.

Nama Guinea digunakan untuk kawasan yang merangkumi kebanyakan pantai barat Afrika di selatan Gurun Sahara dan di utara Teluk Guinea. Nama ini berasal daripada bahasa Berber yang lebih kurang membawa pengertian 'tanah orang hitam'. Guinea bermakna "wanita/isteri" dalam bahasa Susu, salah satu bahasa yang paling banyak dituturkan di negara ini. Guinea kekadang dipanggil Guinea-Conakry untuk membezakannya dengan Guinea-Bissau yang berjiran (yang mempunyai ibu negara di Bissau).


Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Guinea

Kawasan yang kini dipanggil Guinea merupakan sebahagian daripada sebuah siri empayar yang bermula dengan " Empayar Ghana" pada sekitar tahun 900 Masihi. Ini disusuli oleh kemaharajaan Sosso pada abad ke-12 dan ke-13. Empayar Mali bangkit untuk berkuasa di kawasan ini selepas Pertempuran Kirina pada tahun 1235, dan menjadi makmur sehingga dilemahkan oleh masalah-masalah dalaman. Akhirnya, negeri-negerinya merampas kuasa pada abad ke-15. Salah sebuah negerinya yang utama, Songhai, kemudian menjadi Empayar Songhai, dan mengatasi pendahulu-pendahulunya dari segi kawasan dan kekayaan, tetapi ia juga menjadi mangsa kepada pertengkaran dalaman dan perang saudara, dan akhirnya digulingkan dalam Pertempuran Tondibi pada tahun 1591.

Kemudian, kawasan Guinea berpecah-belah sehingga sebuah negara Islam yang diasaskan pada abad ke-18 membawa sedikit kestabilan kepada kawasan ini. Lagi satu peristiwa yang penting ialah ketibaan orang-orang Muslim Fulani di kawasan tanah tinggi Fuuta Jalloo pada awal abad ke-18.

Orang-orang Eropah yang pertama datang ke kawasan ini pada zaman Penemuan-penemuan Portugis yang memulakan perdagangan abdi sejak dari abad ke-15. Guinea masa kini dicipta sebagai sebuah tanah jajahan oleh Perancis pada tahun 1890, dengan Noël Balley sebagai gabenor pertama dan Pulau Tombo sebagai ibu negaranya. Pada tahun 1895, negara ini digabungkan ke dalam Afrika Barat Perancis.

Pada 28 September 1958, di bawah arahan Charles de Gaulle, Perancis mengadakan sebuah pungutan suara tentang perlembagaan baru serta penubuhan Republik Kelima. Semua tanah jajahan ( Algeria secara rasminya merupakan sebahagian Perancis dan bukannya sebuah tanah jajahan) diberikan pilihan antara kemerdekaan segera atau perlembagaan baru. Semua tanah jajahan kecuali Guinea mengundi untuk memilih perlembagaan baru. Oleh itu, Guinea menjadi tanah jajahan Afrika Perancis yang pertama untuk mencapai kemerdekaan pada kos kehilangan semua bantuan Perancis dengan serta-merta.

Selepas kemerdekaan, Guinea diperintah oleh diktator Ahmed Sékou Touré. Touré pada umumnya mengejar dasar-dasar ekonomi sosialisme dan menumpaskan tentangan-tentangan serta kebebasan bercakap, tanpa banyak mengambil berat tentang hak asasi manusia. Selepas kematiannya pada tahun 1984, Lansana Conté mengambil alih kuasa dan dengan segara, mengubah dasar-dasar ekonomi tetapi mengekalkan cengkaman kuasa yang ketat. Pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1993, tetapi keputusannya serta keputusan pilihan-pilihan raya yang berikut dipertikaikan. Conté sering dikritik untuk keadaan ekonomi negara serta pendekatannya yang menindas terhadap penentang-penentang politiknya.

Menjelang tahun 2005, Guinea masih menghadapi banyak masalah, dan menurut Kumpulan Krisis Antarabangsa, Guinea mungkin akan menjadi sebuah negara gagal. Pada tahun 2006, dua mogok dimulakan oleh pekerja-pekerja bandar raya, tetapi kedua-duanya diselesaikan dengan pantas melalui pemberian gaji yang lebih lumayan. 10 orang pelajar dibunuh untuk mematahkan sebuah tunjuk perasaan dan mengakhiri pemberontakan kecil itu. Bagaimanpun, menjelang permulaan tahun 2007, persatuan- persatuan sekerja menyeru mogok-mogok baru untuk menentang kos sara hidup yang semakin meningkat, rasuah kerajaan, serta salah urusan ekonomi. Selepas lebih kurang dua minggu, mogok-mogok itu mengakibatkan sesetengah tunjuk perasaan yang terbesar dalam tempoh pemerintahan Conte.

Bahasa lain
Acèh: Guinea
адыгабзэ: Гвинейе
Afrikaans: Guinee
Alemannisch: Guinea
አማርኛ: ጊኔ
Ænglisc: Guinea
العربية: غينيا
aragonés: Guinea
armãneashti: Guinea
arpetan: Guinê
asturianu: Guinea
azərbaycanca: Qvineya
Bahasa Banjar: Guinea
Bahasa Indonesia: Guinea
bamanankan: Gine
বাংলা: গিনি
Bân-lâm-gú: Guinée
Basa Jawa: Guinéa
Basa Sunda: Guinéa
башҡортса: Гвинея
Baso Minangkabau: Guinea
беларуская: Гвінея
беларуская (тарашкевіца)‎: Гвінэя
भोजपुरी: गिनी
Bikol Central: Guineya
བོད་ཡིག: གི་ནེ།
bosanski: Gvineja
brezhoneg: Ginea
български: Гвинея
буряад: Гвиней
Cebuano: Guinea
Чӑвашла: Гвиней
čeština: Guinea
chiShona: Guinea
Cymraeg: Gini
dansk: Guinea
Deutsch: Guinea
ދިވެހިބަސް: ގީނިއާ
dolnoserbski: Guineja
Dorerin Naoero: Gini
eesti: Guinea
Ελληνικά: Γουινέα
English: Guinea
español: Guinea
Esperanto: Gvineo
estremeñu: Guinea
euskara: Ginea
eʋegbe: Gini
فارسی: گینه
Fiji Hindi: Guinea
føroyskt: Guinea
français: Guinée
Frysk: Guinee
Fulfulde: Gine
Gaeilge: An Ghuine
Gaelg: Yn Ghuinea
Gagana Samoa: Guinea
Gagauz: Gvineya
Gàidhlig: Gini
galego: Guinea
Gĩkũyũ: Guinea
客家語/Hak-kâ-ngî: Guinea
한국어: 기니
Hausa: Gine
Հայերեն: Գվինեա
हिन्दी: गिनी
hornjoserbsce: Gineja
hrvatski: Gvineja
Ido: Guinea
Igbo: Guinea
Ilokano: Guinea
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: গিনি
interlingua: Guinea
Interlingue: Guinea
Ирон: Гвиней
isiZulu: IGini
íslenska: Gínea
italiano: Guinea
עברית: גינאה
ಕನ್ನಡ: ಗಿನಿ
Kapampangan: Guinea
ქართული: გვინეა
kaszëbsczi: Gwineja
қазақша: Гвинея
kernowek: Gyni
Kinyarwanda: Gineya
Кыргызча: Гвинея
кырык мары: Гвиней
Kiswahili: Guinea
Kongo: Ginea
Kreyòl ayisyen: Gine
Kurdî: Gîne
Latina: Guinea
لۊری شومالی: گینە
latviešu: Gvineja
Lëtzebuergesch: Guinea
lietuvių: Gvinėja
Ligure: Guinea
Limburgs: Guinee
lingála: Gine-Konakry
Livvinkarjala: Gvinea
Luganda: Guinea
lumbaart: Guinea
magyar: Guinea
македонски: Гвинеја
Malagasy: Ginea
മലയാളം: ഗിനി
Malti: Ginea
मराठी: गिनी
მარგალური: გვინეა
مصرى: جينيا
مازِرونی: گینه
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Guinea
монгол: Гвиней
မြန်မာဘာသာ: ဂီနီနိုင်ငံ
Nāhuatl: Guinea
Nederlands: Guinee
नेपाली: गिनी
नेपाल भाषा: गिनी
日本語: ギニア
нохчийн: Гвиней
Nordfriisk: Guinea
Norfuk / Pitkern: Gini
norsk: Guinea
norsk nynorsk: Guinea
Novial: Gini
occitan: Guinèa
ଓଡ଼ିଆ: ଗିନି
Oromoo: Giinii
oʻzbekcha/ўзбекча: Gvineya
ਪੰਜਾਬੀ: ਗਿਨੀ
पालि: गिनी
پنجابی: گنی
Papiamentu: Guinea
Patois: Gini
Piemontèis: Guinea
Plattdüütsch: Guinea
polski: Gwinea
português: Guiné
qırımtatarca: Gvineya
română: Guineea
Runa Simi: Khiniya
русский: Гвинея
русиньскый: Ґвінея
саха тыла: Гвинея
sámegiella: Guinea
Sängö: Ginëe
sardu: Guinea
Scots: Guinea
Seeltersk: Guinea
Sesotho: Guinea
Sesotho sa Leboa: Guinea
shqip: Guinea
sicilianu: Guinia
Simple English: Guinea
SiSwati: IGiniya
slovenčina: Guinea (štát)
slovenščina: Gvineja
ślůnski: Gwinyjo
Soomaaliga: Guinea
کوردی: گینێ
српски / srpski: Гвинеја
srpskohrvatski / српскохрватски: Gvineja
suomi: Guinea
svenska: Guinea
Tagalog: Ginea
தமிழ்: கினி
Taqbaylit: Ginya
татарча/tatarça: Гвинея
Tiếng Việt: Guinée
тоҷикӣ: Гвинея
Türkçe: Gine
Türkmençe: Gwineýa
удмурт: Гвинея
українська: Гвінея
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: ۋىنېيە
vèneto: Guinea
vepsän kel’: Gvinei
Volapük: Gineyän
Võro: Guinea
文言: 幾內亞
Winaray: Guinea
Wolof: Gine
吴语: 幾內亞
Xitsonga: Gineya
ייִדיש: גינע
Yorùbá: Guinea
粵語: 畿內亞
Zazaki: Gineya
Zeêuws: Guinee
žemaitėška: Gvėniejė
中文: 几内亚
डोटेली: गिनी
Kabɩyɛ: Kinee-Konakrii