Gantz

Gantz
Gantz DVD Box Set 1.jpg
Set DVD 1
GenreMisteri
Seram
Aksi
Drama
Portal Anime dan Manga

Gantz (ガンツ, Gantsu) merupakan manga dan siri anime oleh Hiroya Oku. Gantz menceritakan kisah seorang remaja bernama Kei Kurono yang mati dilanggar kereta api dan dimasukkan ke dalam sebuah "permainan" di mana dia dan beberapa orang yang baru meninggal dunia dipaksa mencari dan membunuh makhluk asing. Siri anime dan manga Gantz mempunyai pembahagian cerita yang berbeza. Namun begitu, jalan ceritanya dari awal hinggalah ke babak kuil agak sama dan perbezaannya tidaklah begitu ketara.

Siri anime Gantz yang telahpun habis ditayangkan terbahagi kepada dua bahagian; bahagian pertama yang digelar "The First Stage" berhenti di episod 13, dan 13 episod yang seterusnya digelar "The Second Stage", yang ditayangkan sejurus selepas tamatnya 13 episod pertama. Manga Gantz pula disiarkan di majalah Weekly Young Jump, sebuah majalah hiburan Jepun. Sehingga kini, siri manga Gantz masih diteruskan terbitannya.

Pada 24 November, 2009, telah diumumkan bahawa dua buah filem lakonan langsung siri Gantz sedang diusahakan. Kedua-dua filem ini akan dibintangi oleh Kazunari Ninomiya dan Ken'ichi Matsuyama, dan diarahkan oleh Shinsuke Sato. Filemnya dijangkakan keluar musim bunga dan sejuk tahun 2011.[1]

Plot

Kisah Gantz bermula dengan kematian dua orang pelajar sekolah menengah (Kei Kurono dan Masaru Kato) apabila mereka dilanggar sebuah kereta api selepas menolong seorang pengemis yang terjatuh di atas trek kereta api itu. Apabila mereka menyedari akan kejadian tersebut, mereka telahpun terselamat dan "dihantar" ke sebuah kondominium di Tokyo, di mana mereka dikurung dan jalan keluar tidak kelihatan bersama beberapa orang yang baru meninggal dunia berkumpul di situ. Di suatu sudut di bilik tersebut terdapat sebuah bola hitam berbentuk sfera dikenali sebagai "Gantz" oleh mereka di bilik itu pada suatu masa nanti. Selang beberapa minit kemudian, sebuah lagu akan dimainkan oleh bola hitam tersebut. Bola hitam itu akan terbuka di sebelah kiri dan kanannya; di dalam terdapat beberapa jenis senjata-senjata dan baju khas moden yang disimpan di dalam sebuah kotak untuk setiap orang yang berkumpul di dalam bilik misteri itu. Teks dan informasi pula akan dipaparkan di atas bola hitam Gantz, menunjukkan sasaran dan info-info yang berkait rapat tentang objektif misi malam itu; akhir sekali setiap daripada mereka yang berada di dalam bilik itu akan dihantar "keluar" untuk memulakan permainan Gantz dan menghabiskan misi mereka.

Banyak yang masih belum diketahui tentang bilik itu. Dinding dan kawasan disekitarnya tidak boleh disentuh, dengan ini mereka yang dikurung di situ tidak boleh berinteraksi dengan dunia luar ataupun melarikan diri. Pintu hadapannya hanya akan dibuka dengan syarat misi yang diberikan pada suatu malam itu dihabiskan para pemain. Menurut manga Gantz, terdapat bilik-bilik yang menyerupai bilik ini di Jerman, Amerika Syarikat dan Israel.

Selain daripada bola dan senjata yang terdapat di dalam bilik tersebut, jika dilihat kedalam bola itu, terdapat seorang tua yang kelihatan bergantung kepada sebuah mesin perubatan. Identiti mahupun nama lelaki ini tidak dapat dikenalpasti, dan sepanjang permainan itu berlangsung, lelaki tersebut tidak sedikitpun memberi respons ataupun kelihatan bertanggungjawab ke atas segala yang berlaku.

Bahasa lain
català: Gantz
čeština: Gantz
Deutsch: Gantz
English: Gantz
español: Gantz
فارسی: گانتز
français: Gantz
galego: Gantz
한국어: 간츠
italiano: Gantz
日本語: GANTZ
português: Gantz
русский: Gantz
shqip: Gantz
Tagalog: Gantz
ไทย: กันสึ
Tiếng Việt: Gantz
Türkçe: Gantz
українська: Ґанц
吴语: 砍杀都市
中文: 殺戮都市