Pendahuluan
Dalam sesuatu atom, elektron mengelilingi nukleus atom bagi proton dan neutron dalam
tatarajah elektron. Perkataan elektron yang dicipta pada tahun 1894 berasal daripada istilah daya elektrik yang diperkenalkan oleh
William Gilbert. Asalnya ialah ήλεκτρον (elektron), sepatah perkataan
Yunan yang membawa maksud ambar.
Elektron-elektron yang bergerak menghasilkan arus elektrik yang boleh dipergunakan oleh ahli-ahli sains dan jurutera-jurutera untuk mengukur banyak sifat fizik. Arus elektrik wujud untuk tempoh yang terbatas dan menghasilkan elektrik (pergerakan cas) yang boleh dimanfaatkan sebagai cara yang praktik untuk melakukan kerja.
Pemahamanan tentang elektron-elektron telah berubah secara dramatik sejak beberapa abad yang lalu, dengan perubahan yang paling penting mungkin merupakan perkembangan mekanik kuantum pada abad ke-20 dan idea
kedualan zarah-gelombang, iaitu elektron menampilkan kedua-dua sifat zarah dan gelombang. Yang serupa penting, fizik zarah telah meluaskan pemahaman kita terhadap elektron secara tidak terhingga.
Perubahan-perubahan dalam medan elektrik yang dijanakan oleh bilangan-bilangan elektron yang berbeza dan tatarajah-tatarajah atomnya menentukan sifat kimia unsur-unsur. Medan-medan ini memainkan peranan yang asas dalam ikatan-ikatan kimia dan kimia.