Douglas MacArthur

Jeneral Besar
Douglas MacArthur
MacArthur in khaki trousers and open necked shirt with five-star-rank badges on the collar. He is wearing his field marshal's cap and smoking a corncob pipe.
MacArthur di Manila, tahun 1945.
Nama samaranGaijin Shogun (Generalisimo Asing)
Dugout Doug
Big Chief
Kelahiran(1880-01-26)26 Januari 1880
Little Rock, Arkansas, A.S.
Meninggal dunia5 April 1964(1964-04-05) (umur 84)
Washington, D.C., A.S.
Place of burialNorfolk, Virginia, A.S.
Kesetiaan Amerika Syarikat
 Filipina
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Amerika Syarikat
Filipina Tentera Darat Filipina
Tahun perkhidmatan1903–1964
PangkatUS-O11 insignia.svg Jeneral Tentera Darat (Tentera Darat A.S.)
Fil Marsyal (Tentera Darat Filipina)
Jumlah perkhidmatanO-57
ArahanMarkas Tentera PBB
Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu
Kawasan Barat Daya Pasifik
Angkatan Tentera Darat Timur Jauh A.S.
Jabatan Filipina
Ketua Turus Tentera Darat A.S.
Divisyen Filipina
Superintenden Akademi Tentera A.S.
Divisyen 42 Infantri
Briged 84 Infantri
Pertempuran

Revolusi Mexico

  • Pendudukan Amerika keatas Veracruz

Perang Dunia I

  • Penyerangan Champagne-Marne
  • Pertempuran Saint-Mihiel
  • Penyerangan Meuse-Argonne

Perang Dunia II

Perang Korea

AnugerahMedal of Honor
Distinguished Service Cross (3)
Army Distinguished Service Medal (5)
Navy Distinguished Service Medal
Silver Star (7)
Distinguished Flying Cross
Bronze Star Medal
Air Medal
Purple Heart (2)
PasanganLouise Cromwell Brooks (isteri pertama)
Jean MacArthur (isteri kedua)
HubunganArthur MacArthur, Sr. (datok)
Arthur MacArthur, Jr. (bapa)
Arthur MacArthur III (abang)
Douglas MacArthur II (anak buah)
Tugas lainPengerusi Lembaga Syarikat Remington Rand
TandatanganDMacarthur Signature.svg

Douglas MacArthur (26 Januari 1880 – 5 April 1964) ialah seorang Jeneral lima bintang Amerika dan Fil Marsyal Tentera Darat Filipina yang telah menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat semasa era 1930an dan memainkan peranan penting dalam Kancah Pasifik sewaktu Perang Dunia II. Beliau menerima Medal of Honor bagi khidmat baktinya dalam Kempen Filipina, yang mana menjadikan beliau dan bapanya Arthur MacArthur, Jr. sebagai anak beranak pertama yang dianugerahkan pingat tersebut. Beliau merupakan salah seorang dari hanya lima pegawai kanan yang naik ke pangkat Jeneral Besar dalam Tentera Darat A.S. dan satu-satunya orang yang menjadi Fil Marsyal dalam Tentera Filipina.

Dibesarkan dalam keluarga tentera semasa Zaman koboi Amerika, MacArthur adalah valedictorian di Akademi Tentera Texas Barat dan Kapten Kadet dalam Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point, di mana beliau lulus tempat pertama bagi kelas 1903. Semasa Amerika Syarikat menduduki Veracruz pada tahun 1914, beliau menjalankan satu misi peninjauan ketenteraan, yang mana beliau telah dicalonkan untuk pingat Medal of Honor. Pada tahun 1917, beliau telah dinaikkan pangkat dari Mejar ke Kolonel dan menjadi Ketua Staf Divisyen Ke-42 (Rainbow). Dalam pertempuran di Barisan Barat semasa Perang Dunia I, beliau dinaikkan pangkat Brigedier Jeneral, sekali lagi telah dicalonkan untuk Medal of Honor, dan telah dianugerahkan Distinguished Service Cross sebanyak dua kali dan Silver Star sebanyak tujuh kali.

Dari tahun 1919 hingga 1922, MacArthur bertugas sebagai Superintenden Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point, di mana beliau cuba membuat beberapa siri pembaharuan. Tugasan seterusnya adalah di Filipina, di mana pada tahun 1924 beliau memainkan peranan penting dalam mematahkan Pemberontakan Pengakap Filipina. Pada tahun 1925, beliau menjadi Mejar Jeneral termuda dalam Tentera Darat. Beliau bertugas di mahkamah tentera yang membicarakan Brigedier Jeneral Billy Mitchell dan menjadi Presiden Jawatankuasa Olimpik Amerika semasa Sukan Olimpik Musim Panas 1928 di Amsterdam. Pada tahun 1930, beliau menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat. Dengan itu, beliau terlibat dalam pengusiran penunjuk perasaanTentera Bonus dari Washington, DC pada tahun 1932, dan penubuhan serta penyusunan Kor Pemuliharaan Awam. Beliau bersara dari Tentera Darat Amerika Syarikat pada tahun 1937 untuk menjadi Penasihat Ketenteraan kepada Kerajaan Komanwel Filipina.

MacArthur dipanggil semula untuk aktif bertugas pada tahun 1941 sebagai Panglima Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Timur Jauh. Beberapa siri bencana berlaku, bermula dengan kemusnahan tentera udara beliau pada 8 Disember 1941, dan pencerobohan Filipina oleh Jepun. Tentera MacArthur kemudian dipaksa berundur ke Bataan, di mana mereka bertahan sehingga Mei 1942. Pada bulan Mac 1942, MacArthur, keluarga dan kakitangannya meninggalkan Pulau Corregidor dengan Bot peronda dan melarikan diri ke Australia, di mana MacArthur menjadi Pemerintah Bersekutu Tertinggi Kawasan Pasifik Barat Daya. Bagi khidmatnya mempertahankan Filipina, MacArthur telah dianugerahi pingat Medal of Honor. Setelah lebih dua tahun berjuang di Pasifik, beliau mengotakan janji untuk kembali ke Filipina. Beliau secara rasmi menerima penyerahan kalah Jepun pada 2 September 1945, dan menyelia pendudukan Jepun sebagai Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu dari tahun 1945 hingga 1951. Sebagai pemerintah Jepun yang efektif, beliau menyelia perubahan pantas ekonomi, politik dan sosial. Beliau mengetuai Markas Bangsa-Bangsa Bersatu didalam Perang Korea sehinggalah dipecat oleh Presiden Harry S. Truman pada 11 April 1951. Beliau kemudiannya menjadi Pengerusi Lembaga Remington Rand.

General of the Army MacArthur ialah tokoh tentera Amerika Syarikat yang paling menonjol di Medan Pasifik semasa Perang Dunia II, MacArthur terselamat semasa serangan Jepun terhadap Filipina pada tahun 1941, berjanji “Saya akan kembali.” Beliau melakukannya pada Januari 1945 apabila Laksamana Chester Nimitz mengarah pasukan Amerika di Tengah Pasifik, MacArthur memimpin kemaraan di Barat Daya Pasifik. Pada akhir perang beliau menerima penyerahan kalah Jepun diatas kapal perang, U.S.S. Missouri.

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Douglas MacArthur
Bân-lâm-gú: Douglas MacArthur
беларуская: Дуглас Мак-Артур
български: Дъглас Макартър
Lëtzebuergesch: Douglas MacArthur
Nederlands: Douglas MacArthur
Piemontèis: Douglas MacArthur
português: Douglas MacArthur
Simple English: Douglas MacArthur
slovenčina: Douglas MacArthur
slovenščina: Douglas MacArthur
српски / srpski: Даглас Макартур
srpskohrvatski / српскохрватски: Douglas MacArthur
Tiếng Việt: Douglas MacArthur
українська: Дуглас Макартур
Lingua Franca Nova: Douglas MacArthur