Baju zirah

Kelengkapan zirah seorang kesateria berkuda Poland dari pertengahan abad ke-17

Baju zirah atau dirah ialah sejenis pakaian perlindungan yang dihasilkan dengan memancakan atau menghubungkan gelungan besi kecil menjadi suatu jaringan yang keras tapi fleksibel.

Jaringan ini secara teorinya dapat membantu melindungi badan pemakai dari sebarang tujahan senjata tajam konvensional,[1] sama ada yang berbentuk bilah seperti pedang mahupun senjata yang menusuk seperti lembing; namun tahap perlindungan yang dijamin bergantung kepada mutu pertukangan baju zirah dari segi ketebalan gelung, kepadatan pemancaan gelung serta bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan gelung tersebut. Sifat baju zirah yang mudah melentur tidak menghalang pukulan yang mengenai pemakai sehingga boleh menyebabkan lebam dan retakan tulang yang membahayakan,[2] maka lapikan keras juga akan dipakaikan terlebih dahulu di kawasan yang sensitif seperti kepala sebelum memakai baju zirah ini.

  • rujukan

Rujukan

  1. ^ "Medieval Military Surgery". Medieval History Magazine. 1 (4). Disember 2003. 
  2. ^ Edge, D.; Paddock, J. (1988). "Arms and Armour of the Medieval Knight". London: Bison. 
Bahasa lain
العربية: زرد (درع)
asturianu: Cota de malla
Bahasa Indonesia: Zirah rantai
беларуская: Кальчуга
български: Ризница
català: Ausberg
dansk: Ringbrynje
English: Chain mail
español: Cota de malla
فارسی: جوشن
français: Cotte de mailles
한국어: 쇄자갑
հայերեն: Օղազրահ
italiano: Cotta di maglia
қазақша: Аймауыт
Nederlands: Maliënkolder
日本語: 鎖帷子
norsk: Ringbrynje
polski: Kolczuga
português: Cota de malha
русский: Кольчуга
Simple English: Chain mail
slovenčina: Drôtená košeľa
српски / srpski: Верижњача
svenska: Ringväv
тоҷикӣ: Ҷавшан
Türkçe: Örme zincir
українська: Кольчуга
中文: 鎖子甲