Awalan perduaan

Dalam bidang pengkomputan, awalan perduaan ialah nama atau simbol berkait yang mendahului sesuatu unit ukuran (misalnya bait) untuk menandakan pendaraban kuasa dua. Bagi sesetengah konteks (misalnya saiz ingatan komputer), pengungkapan gandaan unit yang besar dengan menggunakan kuasa dua adalah lebih sesuai dan berguna.

NamaSimbolNilaiAsas 16Asas 10
kilok/K210 = 1,024= 162.5> 103
megaM220 = 1,048,576= 165> 106
gigaG230 = 1,073,741,824= 167.5> 109
teraT240 = 1,099,511,627,776= 1610> 1012
petaP250 = 1,125,899,906,842,624= 1612.5> 1015
eksaE260 = 1,152,921,504,606,846,976= 1615> 1018
zetaZ270 = 1,180,591,620,717,411,303,424= 1617.5> 1021
yotaY280 = 1,208,925,819,614,629,174,706,176 = 1620> 1024

Komputer awal mempergunakan salah satu daripada dua kaedah pengalamatan untuk mencapai ingatan sistem (RAM), iaitu perduaan (asas 2) atau perpuluhan (asas 10). Pada awal dekad 1970-an, istilah Kbit, Kbait, Mbit dan Mbait mula dipergunakan sebagai unit perduaan dan kemudian pada dekad 1980-an, istilah kilobait, megabait, dan gigabait menjadi semakin popular bersama-sama dengan singkatannya, KB, MB, dan GB. Sungguhpun demikian, oleh sebab awalan SI memiliki maksud perpuluhan dalam setiap konteks yang lain, penggunaan sebegini telah menimbulkan kekaburan.

Bagaimanapun, industri komputer masih dapat membezakan kedua-dua takrif kerana ingatan sistem (RAM) biasanya menggunakan maksud perduaan, manakala storan cakera menggunakan maksud perpuluhan. Walaupun demikian, terdapat juga kekecualian, misalnya disket dan Cakera Padat. Tidak terdapat unit SI yang menyatakan muatan storan komputer, akan tetapi KB, MB, dan GB yang membawa pengertian perpuluhan seringnya dirujuk sebagai awalan SI.

Untuk mengatasi sebarang kekeliruan, Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC) beransur-ansur memperkenalkan awalan kibi- (Kibibait), mebi-, gibi-, dan lain-lain, dengan simbol Ki, Mi, Gi, dan sebagainya antara [[1999 dan 2005 untuk menentukan angka kandungan perduaan bagi sesuatu kuantiti. Nama piawai yang baharu berasal daripada dua huruf di pangkal awalan SI yang asal, diikuti oleh bi yang merupakan singkatan untuk "binary" (perduaan). Daripada sudut pandangan IEC, piawai yang baharu ini juga dapat menjelaskan bahawa awalan SI kini hanya bermaksud asas 10 dan bukan lagi asas 2.

Bagaimanapun, kelaziman pemberian nama perduaan Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa (IEC) tidak menerima sokongan yang hebat daripada sektor swasta. Sesungguhnya, penerimaannya kini semakin bertambah, dengan kelaziman perduaan tersebut disokong kuat oleh banyak badan pemiawaian dan pertubuhan teknik seperti CIPM, IEEE, NIST, dan SAE. Awalan perduaan yang baharu itu juga diterima oleh Jawatankuasa Eropah untuk Pemiawaian Elektroteknik (CENELEC) sebagai dokumen pengharmonian HD 60027-2:2003-03 yang telah dijadikan piawai Eropah.

Lihat juga

  • IEEE 1541
  • Jenis data kamiran

  • Nibel
  • Oktet

Bahasa lain