Akbar Hashemi Rafsanjani

Akbar Hashemi Rafsanjani
اکبر هاشمی رفسنجانی
Presiden Republik Islam Iran ke-4
Dalam jawatan
3 Ogos 1989 – 2 Ogos 1997
Naib Presiden Hassan Habibi
Pemimpin Ali Khamenei
Didahului oleh Ali Khamenei
Digantikan oleh Mohammad Khatami
Butiran peribadi
Lahir (1934-02-15) 15 Februari 1934 (umur 84)
Nough, Iran
Parti politik Persatuan Ulama Militan

Ayatollah [1] Akbar Hashemi Rafsanjani ( bahasa Parsi: اکبر هاشمی رفسنجانی Akbar Hāshemī Rafanjānī), Hashemi Bahramani (هاشمی بهرمانی) (lahir di Nough, Iran, 25 Ogos 1934; umur 83 tahun) ialah seorang ahli politik yang paling berpengaruh di Iran.

Beliau menjawat sebagai Presiden Iran ( 1989 - 1997) dan kalah dalam pusingan kedua kepada Walikota Teheran Mahmoud Ahmadinejad pada pemilihan presiden Iran 2005 untuk memegang jawatan buat kali ketiga.

Majalah Forbes pernah meletakkan Rafsanjani ke dalam senarai orang terkaya di dunia dan pernah menulis bahawa beliau mempunyai kekuatan dan pengaruh yang kuat disebalik dirinya sebagai pemerintah Iran. Beliau "ialah orang yang memimpin Republik Islam ini selama 24 tahun terakhir/" [2]

Pada asalnya, beliau merupakan seorang imam, Rafsanjani menjadi ketua Parlimen (Majlis) yang baru, setelah Iran menjadi Republik Islam dan menjawat jawatan tersebut sehingga tahun 1989.

Hasil dari pernikahannya pada tahun 1958, Rafsanjani memperoleh tiga orang putera (anak lelaki): Mohsen, Mehdi, dan Yasser (yang dinamakan menurut [1]), dan dua orang puteri (anak perempuan) iaitu Fatemeh dan Faezeh. Hanya Faezeh Hashemi yang mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam bidang politik, Faezah juga turut menjadi anggota Majlis dan penerbit surat khabar Zan (wanita).


Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Akbar Hashemi Rafsanjani
беларуская (тарашкевіца)‎: Алі Акбар Хашэмі Рафсанджані
oʻzbekcha/ўзбекча: Ali Akbar Rafsanjoniy
Simple English: Hashemi Rafsanjani
srpskohrvatski / српскохрватски: Akbar Hašemi Rafsandžani
Tiếng Việt: Akbar Hashemi Rafsanjani